• As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover) | Imam At-Tirmidzi | PTS

    As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover) | Imam At-Tirmidzi | PTS

    RM49.00

    As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah satu bahan bacaan wajib untuk kita kenal dan memahami sifat keperibadian Rasulullah SAW semasa hayatnya melalui hadis-hadis yang dikumpulkan di dalam buku ini.

    Menunaikan hak Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Menjadi tanggungjawab kita untuk percaya akan perkataan, perbuatan dan segala yang dibawa oleh Rasulullah saw dan meletakkan kedudukan Rasulullah di tempat yang sewajarnya.

    Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 80 yang bermaksud,

    “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).”

  • Being A Quran Tag Girl | Ayesha Syahira | IMAN Publication

    Being A Quran Tag Girl | Ayesha Syahira | IMAN Publication

    RM28.00

    Are you in love with your Quran?

    Do you know that exhausting feeling of searching high and low for a true meaningful love and life purpose of this life?

    “That was exactly how I feel about the Quran. I was so busy finding happiness and love to fill the emptiness in my heart. None worked. Until I found the Quran.”

    Building a relationship with Quran cannot happen in one day. It will take years.

    It will be a long journey of trying to fall in love with the Quran, but it will be worthwhile.

  • Biografi Muhammad bin Abdullah (Softcover) | Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman | PTS

    Biografi Muhammad bin Abdullah (Softcover) | Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman | PTS

    RM30.00

    Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.

    Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.

    Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.

    Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.

    Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.

    Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.

  • Bumper Ujang & Apo? New-Stalgia Viral 2022

    Bumper Ujang & Apo? New-Stalgia Viral 2022

    RM20.90

    BUMPER NEW-STALGIA VIRAL

    Selamat Tahun Baru 2022. Isu kali in adalah dari kompilasi viral 2021 yang pernah kita lalui. Bermula dari isu rentas negeri, Pandemik, PKP, vaksinasi, hiburan tanahairdan luar negara, politik semasa, ekonomi, media sosial, trending dan pelbagai lagi isu rentetan sepanjang tahun.

    Cover kali ini kita hidang satu momen drama bersiri viral sekitar hujung tahun lepas sekadar mengupas parodi dalam babak yang ada dan pelbagai lagi is kita sentuh sebagai simpanan koleksi 2021. Dan penutup is 2021 kita berakhir dengan musibah banjir di seluruh negara. Pelbagai bantuan disalurkan dan sudah pasti rakyat kita berbilang kaum bersatu seperti keluarga saling membantu manga mangsa banjir. Terima kasih keluarga Malaysia. Anda adalah hero kami.

    Takziah kepada mangsa banjir dan moga menghadapi ujian ini dengan sabar. Moga kita hadapi tahun 2022 ini dengan ketaqwaan dan ketabahan. Noktah.

  • Fahami Bacaan Dalam Solatmu : Edisi Kemas Kini

    Fahami Bacaan Dalam Solatmu : Edisi Kemas Kini

    RM19.00

    Tujuan buku ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja bagi memahami pengertian asas bacaan dalam solat.

    Buku ini mengandungi terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu secara per-kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca.

    Oleh itu, diharapkan ini dapat membantu kita semua untuk:

    a) memahami serta menghayati apa yang dibaca
    b) menunaikan solat dengan lebih bermakna dan khusyuk
    c) belajar bahasa Arab berasaskan perkataan, ayat, surah dan doa dalam solat

    Ini menjadi asas permulaan untuk belajar bahasa Arab dan memahami kandungan Al-Quran seterusnya.

    Imam Al-Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud: “Dirikan solat untuk mengingati-Ku” (surah Ta Ha, ayat 14) serta hadith-hadith Rasulullah bagi menunjuk dan menghuraikan betapa perlunya ‘menghadirkan hati’ dan khusyuk semasa solat.

    Untuk ini adalah penting pengamal solat memahami dan menghayati apa yang dibaca
    dalam solat.

  • How to Stop Worrying and Start Living Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie

    How to Stop Worrying and Start Living Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie

    RM42.00

    Buku ini menghimpunkan koleksi resipi kejayaan yang sudah terbukti keberkesanannya bagi menghapuskan ketakutan dalam kehidupan seharian kita.

    Walau bagaimanapun, kita tidak akan menemui sesuatu yang baru di dalam buku ini. Sebaliknya, kita hanya menemui banyak perkara yang sudah biasa kita dengar, tetapi jarang diamalkan.

    Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:

    . Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan

    . Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan

    . Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita

    . Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia

    . Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan

    . Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik

    . Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan

    . Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan

  • How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk: Edisi Bahasa Melayu

    How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk: Edisi Bahasa Melayu

    RM25.00

    Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

    Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

    Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka

    Mewujudkan Kerjasama

    Alternatif Selain Hukuman

    Galakan Berdikari

    Pujian

    Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan

    Menggabungkan Semuanya Bersama

    Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

  • How to Talk to Anyone: Edisi Bahasa Melayu | Leil Lowndes | PTS

    How to Talk to Anyone: Edisi Bahasa Melayu | Leil Lowndes | PTS

    RM40.00

    Buku How to Talk to Anyone adalah buku berbentuk teknikal dan bersifat modul. Ia adalah sebuah buku komunikasi bersifat malar segar, dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan komunikasi yang sangat berkesan.

    Diakui, kemahiran berkomunikasi bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan dalam menjalani kehidupan seharian.

    Komunikasi yang baik dan jelas bukan sahaja dapat membantu memudahkan kita menguruskan kehidupan, malahan dapat membina silaturrahim dan ukhuwah yang sihat dan harmoni.

  • How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie | PTS

    How to Win Friends and Influence People – Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie | PTS

    RM35.00

    Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan !

    Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang !

    Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!

    Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

    Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam.

    Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

    Dalami tip berikut:

    • Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
    • Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
    • Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
    • Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
  • Kaedah Merawat Susuk

    Kaedah Merawat Susuk

    RM17.00

    Buku Kaedah Merawat Susuk ini berkenaan amalan orang zaman dahulu yang memakai susuk untuk tujuan tertentu.

    Susuk adalah amalan kebiasaan orang kita semenjak dari dahulu lagi. Ia adalah ilmu yang diamalkan yang mempunyai unsur syirik dan mengandungi unsur makhluk halus. Buku ini diberi judul Kaedah Merawat Susuk. Ia dapat menjadi pedoman kepada pembaca supaya sedar dan dapat berfikir dengan waras dan elakkan daripada amalan syirik.

  • Komik Gaza Mini (Siri 1 - 6)

    Komik Gaza Mini (Siri 1 – 6)

    RM60.00

    Siri 1 – DETIK AWAL PALESTIN DIJAJAH

    Siri 2 – PALESTIN TERANCAM ANGKARA KHIANAT

    Siri 3 – Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam

    Siri 4 – STRATEGI LICIK BRITISH MERAMPAS PALESTIN

    Siri 5 – Mimpi Ngeri Rakyat Palestin

    Siri 6 – LAHIRNYA HARAPAN BUAT PALESTIN

  • Majalah Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Freestyle 2023 (Edisi Bumper)

    Majalah Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Freestyle 2023 (Edisi Bumper)

    RM20.90

    Majalah Ujang & Apo? Edisi Bumper ini setebal 240 muka surat.

    Percuma Kad Figura 3D. Bertema Freestyle.

  • Muhammad Rasul Terakhir

    Muhammad Rasul Terakhir

    RM80.00

    Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahim a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

    Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

    Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai ‘al-Amin’.

    Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

    Menyampaikan amanah sebagai Rasul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.

  • Nasihat Buat Diri

    Nasihat Buat Diri

    RM10.00

    Ini adalah buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati. Buku berbentuk motivasi ini ditulis oleh Nur Mohamad Adli Rosli. Kesemua kandungannya didapati dari kebanyakan kuliah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

    Buku ini mengumpulkan 40 nasihat, merupakan kesinambungan dari judul bestseller: Nasihat Buat Hati.

  • Nota My #QURANTIME : Juzuk 2

    Nota My #QURANTIME : Juzuk 2

    RM30.00

    NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-2 ini lebih istimewa kerana di dalamnya terdapat lebih banyak perbincangan yang dikupas secara menyeluruh.

    Antaranya ialah:

    • Pertukaran arah kiblat
    • Kekal hidup bagi yang berjihad di jalan Allah
    • Ujian Allah buat mereka yang bersabar
    • Ganjaran buat mereka yang ditimpa musibah
    • Laknat bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran
    • Hukum berniaga ketika musim haji
  • Nota My #QURANTIME : Juzuk 3

    Nota My #QURANTIME : Juzuk 3

    RM30.00

    NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-3 banyak mengupas isu semasa yang banyak terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Antara isu yang dibincangkan ialah:

    • Tentang sedekah dan infak: perlu ditunjuk atau disembunyikan?
    • Tentang tawaran buat mereka yang berinfak
    • Tentang kaedah berhutang cara Allah SWT
    • Tentang pemimpin yang melakukan kerosakan
    • Tentang riba yang diperangi Allah SWT dan Rasul
    • Tentang peringatan kepada kaum yang kufur
    • Tentang doa; hanya Allah SWT Yang Maha Mengabulkan

End of content

End of content